Jumaat, 3 April 2009

HTFT VS NURSE FC

Match day, HTFT Vs NFC (full strength). Semua pemain HTFT sudah bersedia dengan cabaran terbaru mereka. Walaupun dengan ketiadaan PRAP yang cedera dan FUAD yang terikat dengan komitmen kelab, HTFT masih dapat menunjukkan permainan yang baik. Dengan tempat Fuad digantikan oleh NOH tempat PRAP digantikan dengan AZZY, 30 minit pertama memaparkan permainan yang tangkas antara kedua-dua tim. Namun, dengan kesilapan AMIRUL, NFC dihadiahkan sepakan penalti, HTFT ketinggalan 0-1. Keadaan tidak mematahkan semangat pemain HTFT dengan gol penyamaan oleh BOI PANJANG yang berjaya melepaskan diri daripada kekangan beberapa orang pemain NFC, 1-1. Serangan yang bertubi-tubi oleh kedua-dua tim akhirnya memihak kepada NFC dengan gol kedua mereka, 1-2.

Separuh masa kedua memasukkan NAJIP, TUTING dan JAN. Kedudukan separuh masa pertama ditukar dengan menempatkan JAN dan TUTING di bahagian tengah, BULU ditempatkan di sayap kanan manakala SAFWAN ditempatkan di sayap kiri untuk memberi keseimbangan kepada HTFT. NAJIP menggantikan ABANG di pertahanan tengah bergandingan dengan AZRI dan jelas dilihat merasa selesa dengan posisi tersebut. Percaturan kedudukan pemain HTFT membuktikan ianya langkah yang betul. Semua pemain bermain dengan kekuatan masing-masing, konsep 'maximizing strengths and minimizing weaknesses'. HTFT semakin yakin dengan mendahului melalui BOI PANJANG, kedudukan sama 2-2. ZAIM menunjukkan beliau juga mempunyai keupayaan yang sama dengan gol ketiga menjadikan HTFT mendahului 3-2. Dengan keyakinan baru, SAFWAN yang dilihat tidak pernah jemu membuat larian-larian deras dan bijak ke gawang gol akhirnya mampu memberikan hantaran silang dan disudahi dengan baik oleh BOI PANJANG. HTFT mendahului 4-2. Mungkin disebabkan oleh keasyikan mendahului 4-2, HTFT gagal membuat pertahanan yang baik kepada tendangan sudut NFC sehingga tim tersebut berjaya mengurangkan jurang kedudukan, menjadikan 4-3. Usaha keras HTFT tidak sia-sia apabila pengadil meniupkan wisel penamat, HTFT menang 4-3.

MOM: BOI PANJANG, semakin berkeyakinan dan berbisa, hatrik, well done!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan