Isnin, 20 April 2009

HTFT Vs ITB

Perlawanan antara ITB pernah diadakan sebelum ini tetapi bukan dengan HTFT tetapi HMY FC. Mungkin disebabkan kecundang sebelum ini di tangan HMY FC, ITB telah di lihat membawa bersama mereka beberapa orang pemain yang sedikit berkaliber. Namun, perubahan dapat di lihat daripada cara pendekatan yang cuba hendak dilakukan oleh ITB iaitu dengan pengekangan ayam-ayam tambatan HTFT seperti Zaim, Boi Panjang dan Safwan menggunakan taktik kekerasan. Namun demikian, HTFT masih dapat mempersembahkan permainan yang ‘majestic’ dengan pendahuluan gol pertama oleh penyerang Boi Panjang. Gol penyamaan ITB menyusul kemudian hasil larian solo daripada dalam oleh penyerangnya yang tidak dibaca dengan baik oleh Abang. Selepas kejadian tersebut, pemain pertahanan HTFT semakin beringat dan tidak lagi membenarkan larian-larian solo dilakukan dengan antisipasi bacaan permainan yang lebih kemas daripada ATOK dan rakan HTFT. Gol kedua tiba hasil tendang penalti yang dilakukan oleh Abang, gol pertama untuk beliau bagi tim HTFT. Mendahului dengan jaringan 2-1.


MOM separuh masa pertama: ATOK, kerana membuat tackle yang paling penting di separuh masa pertama apabila beliau sempat merampas bola daripada penyerang ITB yang meluru bersamanya menuju gawang gol. Tackle yang pada pendapat Abang telah merubah ‘course of the game’.


Separuh masa kedua memasukkan Cjan, Bulu, Azri, Noh. Permainan ITB semakin keras dan ada kalanya kotor jelas perlahan-lahan telah membuat beberapa orang pemain HTFT mula hilang kesabaran. Perkara ini tidak dibantu dengan kawalan permainan yang kurang baik daripada pengadil yang tidak memberi banyak perlindungan kepada pemain HTFT. Suhu pemain HTFT semakin panas apabila hampir separuh pemainnya dilayangkan kad kuning dengan Safwan yang pertama menerimanya. Namun, pertahanan HTFT masih bertahan dengan permainan yang disiplin daripada Azri, Abang, Noh dan Fuad. Gol ketiga menyusul dengan pusingan yang tajam dan sepakan spekulatif yang cantik daripada Boi Panjang menjadikan 3-1. Melihat keadaan yang meyakinkan, Abang keluar memberi laluan kepada Osman sementara Gugu digantikan dengan Boi. Belum sampai beberapa minit Abang keluar, ITB membalas serangan dengan gol kedua oleh Hamdan. Kesilapan oleh Osman seterusnya memberi peluang kepada Hamdan untuk menjaringkan lagi gol peribadi keduanya menjadikan kedudukan 3-3. Dalam keresahan ini, HTFT semakin tertekan dengan taktik yang semakin kotor menjadikan Boi, Boi Panjang, Azri dan Zaim dilayangkan kad kuning. Namun, gol kemenangan akhirnya diperoleh hasil daripada sepakan melencong yang cantik daripada Cjan di minit-minit terakhir Dengan gol tersebut, HTFT kekal mempertahankan rekod tanpa kalahnya dengan memenangi permainan jaringan 4-3.


MOM separuh masa kedua: CJAN, Abang meminta Cjan supaya bermain sedikit defensif dan beliau melakukannya dengan disiplin dan baik. Match Winner!


Next Game : Mesti Bergambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan